Ini dibuktikan melalui ujian makmal yang mendapati kandungan dalam madu mengandungi banyak manfaat kesihatan bagi manusia. Kadar antioksidan yang tinggi dan sebagainya.
Akan tetapi, bukan senang nak dapatkan madu asli kerana madu palsu sangat banyak dipasaran sekarang ini. Di anggarkan madu palsu yang ada dipasaran sebanyak 80 peratus.
Bayangkan berapa puluh ribu banyaknya madu palsu yang dijual dipasaran. Hanya 20% saja peluang yang ada untuk mendapatkan madu asli yang sebenar. Ramai peniaga madu palsu mengaut untung di atas kelemahan pembeli itu sendiri tidak mempunyai pengetahuan asas tentang madu asli dan madu palsu.
Kita ambil contoh, Royal Jelly sekilogram boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Tetapi bagaimana madu yang dikatakan royal jelly ini dijual pada harga sebotol RM20? Sedangkan untuk mendapatkan royal jelly ini adalah dari berates-ratus sarang lebah.
Ini serba sedikit tentang penipuan madu dipasaran.
Disebabkan penipuan ini ramai pembeli tidak dapat manfaat langsung dari kebaikan madu yang dikatakan itu.
Ini menyebabkan ramai tidak yakin dengan madu yang dijual.
Sebenarnya madu ini sangat bagus untuk mereka yang berumur 40 ke atas. Untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti gastrik, Kencing manis, masalah lelah, Asma, batuk kering yang berterusan dan sebagainya lagi.
No comments:
Post a Comment