Tuesday, April 24, 2018

Pandangan Sabahat Nabi dan Alim Ulama serta Pakar Perubatan Islam dahulu kala berkaitan kebaikan Madu Lebah.

Pandangan Sabahat Nabi dan Alim Ulama serta Pakar perubatan Islam;

Diriwayatkan daripada Ali k.w. bahawa beliau berkata ” Kehinaan untuk dunia, semulia-mulia pakaian manusia di dalam kehidupan dunia adalah dari air liur sejenis rongga (kain sutera dari ulat sutera) dam semulia-mulia minuman adalah apa yang keluar dari mulut lebah.”

Ibnu Juraih berkata,” Hendaklah kamu minum madu kerana sangat baik untuk menguatkan daya hafaz (ingatan).”

Ibnu Al_Asir berkata’ “Adapun diumpamakan orang mukmin itu dengan lebah lantaran kebijaksanaannya kurang memberi mudharat, usahanya di siang hari kegigihannya dan sentiasa menjauhkan diri dari sebarang kekotoran. Makanannya dari benda yang bai-baik dan sesungguhnya ia tidak makan dari benda hasi dari usaha orang lain. Ketaatanya kepada ketuanya tidak berbelah bagi”.

al-Hafiz Ibnu Abi Dunya dalam kitabnya al-Asyrof fi Manazil al- Asyrof menyatakan,”Sesungguhnya madu apabila penggemar meminumnya, ia akan mengawal ma’idah (perut), kemudian ia akan membuang penyakit, menambah kekuatan urat saraf dan kelancaran saluran urat dan darah.

No comments:

Post a Comment