“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang
engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan
dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya
minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia
(dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda
(yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”
(Al-Nahl 16:69)
Thursday, May 3, 2018
Siapa Patut Dapat Madu Jabong?
A) Jika anda mempunyai masalah seperti;
- Asma.
- Batuk Teruk yang Berpanjangan.
- Masalah Sukar Tidur.
- Lemah Tenaga Badan.
- Masalah bakteria.
- Masalah keradangan.
- Masalah Pencernaan.
- Masalah Rambut.
- Masalah Daya Ingatan.
- Masalah Osteoporosis.
- Risiko Kanser dan Arthritis.
- Tumor.
- Masalah Kulit Kering
- Masalah Penyakit Kuning.
- Masalah kesuburan.
- Masalah rangsangan Seks Bagi Suami Isteri.
- Masalah Selulit.
- Masalah Kekurangan Kadar Metabolisme Tubuh.
- Masalah Risiko Serangan Jantung.
- Masalah Gastrik.
- Sakit Perut.
- Masalah Stress.
- Masalah Hiperaktif anak-anak.
- Masalah Jerawat.
- Masalah Penuaan.
- Masalah Kulit gelap.
- Masalah Kulit Tidak Kenyal.
- Masalah Kesan Luka Pada Wajah.
- Masalah Bibir Kering Atau pecah-Pecah.
- Dan Banyak lagi Manfaat Madu untuk manusia.
B) Jika anda seorang yang tidak pernah makan madu asli.
C) Untuk anda yang sukar dapat madu asli di pasaran.
D) Untuk anda yang tidak tahu apa-apa tentang madu asli.
E) Untuk anda yang berminat menambah pendapatan dengan menjadi penjual madu sebenar yang asli.
F) Untuk anda yang ingin membantu saudara terdekat atau sahabat terdekat yang sedang mempunyai masalah kesihatan.
Bagaimana caranya untuk mendapatkan Madu Jabong ini?
Bagaimana caranya untuk mendapatkan Madu Jabong ini?
Wednesday, May 2, 2018
Siapa Yang Perlukan Madu Jabong?
Umum mengetahui madu amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Madu dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan diri. Dengan memakan madu kadar antioksidan dalam melawan radikal bebas dapat ditingkatkan. Madu membantu menguatkan sistem tubuh badan.
Ini dibuktikan melalui ujian makmal yang mendapati kandungan dalam madu mengandungi banyak manfaat kesihatan bagi manusia. Kadar antioksidan yang tinggi dan sebagainya.
Akan tetapi, bukan senang nak dapatkan madu asli kerana madu palsu sangat banyak dipasaran sekarang ini. Di anggarkan madu palsu yang ada dipasaran sebanyak 80 peratus.
Bayangkan berapa puluh ribu banyaknya madu palsu yang dijual dipasaran. Hanya 20% saja peluang yang ada untuk mendapatkan madu asli yang sebenar. Ramai peniaga madu palsu mengaut untung di atas kelemahan pembeli itu sendiri tidak mempunyai pengetahuan asas tentang madu asli dan madu palsu.
Kita ambil contoh, Royal Jelly sekilogram boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Tetapi bagaimana madu yang dikatakan royal jelly ini dijual pada harga sebotol RM20? Sedangkan untuk mendapatkan royal jelly ini adalah dari berates-ratus sarang lebah.
Ini serba sedikit tentang penipuan madu dipasaran.
Disebabkan penipuan ini ramai pembeli tidak dapat manfaat langsung dari kebaikan madu yang dikatakan itu.
Ini menyebabkan ramai tidak yakin dengan madu yang dijual.
Sebenarnya madu ini sangat bagus untuk mereka yang berumur 40 ke atas. Untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti gastrik, Kencing manis, masalah lelah, Asma, batuk kering yang berterusan dan sebagainya lagi.
Thursday, April 26, 2018
Madu Palsu di Malaysia
Kenapa banyak sangat madu palsu dipasaran sekarang ini? Ini lah persoalan yang timbul di fikiran saya beberapa bulan lepas. Bagaimana caranya kita nak tahu madu tu asli atau madu palsu?
Ok bermula pengalaman saya sendiri tentang madu selama ni beberapa tahun dulu. Saya tak pernah nak ambil tahu pun pasal madu palsu ke madu tiruan ke apa yang saya dengar dan tahu adalah serba sedikit perihal madu ni ianya mempunyai banyak kebaikan pada kesihatan kita. Di dalam Hadis juga Nabi SAW ada bersabda perihal kebaikan perlunya mendapatkan madu lebah.
Begitu juga di dalam Al-Quran juga ada diterangkan oleh Allah SWT tentang kebaikan madu serta manfaatnya kepada manusia.
Ini saya sudah sedia maklum.
Sekali sekala saya juga teringin nak mencuba madu, jadi saya pun beli madu dipasaraya, saya lihat harga murah dalam RM9 pun ada hingga RM40 pun ada. Maka saya pun beli lah dan eksited nak cuba apabila balik ke rumah.
Bawa balik rumah dan try. Pengalaman pertama saya dengan madu. hehe.. ha ini saja yang saya boleh komen..
Saya ambil madu tersebut dan tuangkan ke dalam sudu teh dengan berhati-hati takut tumpah kan. Saya pun minum madu tersebut. Uuhhh rasanya memang sedap dan manis pekat. Madu tu pula kelihatan tebal dan cerah warnanya. Sedap rasanya...
Kemudian, esoknya saya cuba lagi hingga habis. Asal dapat madu je saya akan cuba hari-hari.
Tapi satu hal yang saya perasan selama saya ambi madu, saya dapati tiada apa yang berubah pada diri saya dari segi tahap kesihatan, cuma saya rasa suka saja sebab sedap kan madu tu. Saudara saya pula menasihatkan jangan makan madu ambil hari-hari nanti cepat habis. Madu kan mahal. Tapi saya sukar nak bentuk tabiat makan jarang-jarang madu ni, rasa keinginan tinggi nak ambil hari-hari sampailah habis. Bila habis terlopong la kan. haha..
Ok, balik pada tiada kesan perubahan pada kesihatan tu pada mulanya saya tak ambil port sangat la, sekalipun saya ada pernah dengar la juga sikit-sikit cerita dari rakan-rakan tentang madu palsu ni. Madu saya pun dah habis. Tapi beberapa bulan seterusnya, apabila teringin nak beli lagi madu saya mula rasa berat sikit pasal perihal dengar cerita-cerita madu palsu dipasaran tu oleh kawan saya. Cerita tu sedikit sebanyak mempengaruhi fikiran saya. Saya mula syak separuh separuh.
"Eh ntah-ntah kat pasaran ni madu palsu tak? Eh takkan lah pasaraya nak jual madu palsu pulak kan? Logik juga kan.
Saya ada la dengar madu palsu ni direka dengan menggunakan gula tebu atau pun madu diletak sikit saja dan selebihnya adalah gula tebu dan bahan lain. Jadi saya pun tak jadi beli lah kerana rasa tak yakin tu semakin kuat. Rasa tak percaya pada madu dipasaran semakin kuat dan kuat. betul la kan cerita-cerita gosip sama ada betul atau tidak amat mempengaruhi emosi dan minda kita adakalanya.
Gila ke apa disangka kan makan madu asli tapi makan gula banyak sebenarnya yang menyerupai madu asli, ini boleh menyebabkan risiko dapat macam-macam penyakit akibat makan madu palsu ni. Boleh kena penyakit kencing manis rasanya. Risau juga saya memikirkannya. Jadi dengan kerisauan begitu confirm tak beli. Terus tak nak makan madu. Jika saya nak beli madu saya kena pastikan betul-betul madu itu dsri sumber asli.
Lantaran dari itu kerisauan itu selang beberapa lama, saya buat sedikit kajian carian di internet melalui pakar-pakar dan pihak autority tentang madu asli dan madu palsu.
Ini lebih menguatkan lagi tidak keyakinan saya terhadap madu yang dijual dipasaran. Tambah-tambah jika madu tersebut kelihatan tebal dan cerah cantik berkilat dengan botol yang cantik-cantik.
Kenapa pembeli tidak alert yang madu dijual murah-murah boleh jadi madu palsu sedangkan madu tidak didapati sepanjang masa sebaliknya hanya pada musim bunga saja?
Hasilnya bertahun juga lah saya tak makan madu lepas tu.
kemudian, ada satu ketika tu beberapa tahun selepas tak percaya madu di pasaran, saudara saya mencari madu lagi. Saya percaya di pasaran mesti ada madu yang asli takkan lah semua 100% madu palsu kan? Tapi kali ni saya dan saudara rasa madu asli mesti botolnya tak secantik mana macam botol kicap besar yang dibersihkan semula kemudian diletak madu.
Kami pun mencari jika lalu dipasaraya ke. Ada sekali tu semasa kami pergi ke Metro Kajang kebetulan di tingkat atas ada kios yang jual produk-produk kesihatan dan ada madu dijual sama. Botolnya seperti yang kami sangka kan itu. Di bahagian atas nya macam ada kotor sikit. Saya kira mungkin debungan madu ke.
Orang kedai tu kata itu debunga dia masa nak masukkan madu. ooh kami pun faham, patut la.
Harga madu yang orang kedai tu adalah dalam RM70,
Kami pun beli, esok baru makan madu tu. Kami pun makan macam biasa lah. Madu ni macam tak tebal tapi taklah cair sangat pun rasa sama je madu kan. Dalam masa 10 hari tu ada nampak kesan tapi bukan kesan yang bagus sebab rasanya batuk saudara saya tu sama je takda perubahan apapun. Saya pula kesannya asyik nak bersih saja, lepas tu kena selsema berat. Banyak kahak nak keluar. Seolah-olah badan saya macam tak terima sesuatu. Perasaan saya bermain-main. Tapi saya tak pasti apa punca. Madu tu ke atau pasal pemakanan lain ke. Saya tak pasti. tapi perasaan saya berkata macam madu tu penyebab sebab sebelum ni takda pun macam tu.
Sekali lagi rasa macam ini mungkin madu palsu juga ke. adoi... Strees rasa..
Madu palsu lagi. rasa nak mencarut pun ada. takkan lah semua kat pasaran ni susah sangat nak jumpa madu asli, takkan kat pasaran banyak sangat madu palsu? hai bosan-bosan memikir pasal madu nih.
Cerita pasal madu pun tutup beberapa masa, rasanya setahun...
Memang sukar rasanya nak dapatkan madu asli berbanding madu palsu yang banyak betul dipasaran. Saya pun taktahu macam mana nak cari madu asli. Kalau nak beli terus di tempat pemprosesan madu jumpa penternak madu tu saya tak tahu di mana nak cari. Pada masa tu, saya ni dikira macam poyo juga la malas nak lebih-lebih sangat fikir pasal madu ni janji ada depan mata ke atau jumpa depan mata di kedai-kedai ke cukup dah bagi saya.
Jadi dengan sikap macam ni memang tak kemana-kemana la kan, sukar nak jumpa madu asli sebenar banding madu palsu tu.
Memang betul-betul saya malas nak cari sampai dalam-dalam sangat pun pasal madu ni pada masa itu. hehe
Itu pun kalau rajin saya hanya tanya pakcik google je hehe. Hasilnya Ini ada serba sedikit tentang lambakan madu palsu di pasaran keratan akhbar pakcik google bagi..
Keratan Akhbar Hasil carian Google
Terkejut juga la kan, pakar pun kata melalui kajian sample yang didapati madu di pasaran 80 peratus adalah madu palsu, tak sangka kan? Ok habis bab zaman kejahilan saya tentang madu....
Kenapa banyak sangat madu palsu dipasaran sekarang ini?
Ini lah persoalan yang bermain di fikiran kita sekarang ini kenapa banyak sangat madu palsu di pasaran? Lambakan madu palsu dipasaran boleh mengundang perbagai masalah pada kita semua. Kasihan kepada mereka yang sedang mencari madu asli kerana amat memerlukan saat ini untuk menyelesaikan masalah kesihatan mereka atau keluarga mereka. Punca saya bermula serius mencari maklumat berkaitan madu asli dan madu palsu sejak apabila saya diperkenalkan madu asli sebenar iaitu Madu Jabong. Rasanya mungkin inilah pertama kali saya dapat madu asli iaitu Madu Jabong ini pada sekitar tahun 2016. Madu Jabong ini juga pernah mendapat liputan Majalah 3.
Bermula titik tolak dari situ saya ambil serius pasal madu. Saya mula membuat kajian tentang semua jenis madu asli dan madu palsu. Bagaimana madu asli terhasil, bagaimana madu palsu dibuat, kenapa madu asli mempunyai nama yang berbeza-beza, dan banyak lagi semua saya ambil tahu perihal madu. Ini juga kerana setelah saya merasai manfaat madu asli sebenar iaitu madu jabong ini dari Pahang, memang banyak manfaat saya dapat dari segi kesihatan.
Dari situ jugalah saya berniat mahu membantu dan berkongsi kebaikan ini dengan rakan-rakan terdekat mahupun sesiapa yang sedang menghadapi masalah kesihatan yang ingin mendapatkan manfaat madu asli.
Atas sebab ini lah saya dan saudara saya mula menjual madu asli iaitu Madu Jabong dari chenor Pahang ini. Kami hanya menjual sekali setahun sahaja sekitar bulan Mac dan April sahaja. Ini hanya kerja jualan kami setahun sekali sahaja. Niat utama kami hanyalah untuk membantu mereka yang bermasalah kesihatan seperti juga saya dan saudara saya dahulu yang menghadapi kesukaran mendapatkan madu asli sebenar. Kesian kami masa tu.
Dan melalui feedback yang saya dapati ada diantara mereka yang percaya dan ada yang tidak percaya juga madu saya jual ini palsu atau asli walaupun setelah penerangan dijelaskan sepenuhnya. Kemudian masalah faktor harganya yang bagi sesetengah mereka agak mahal katanya kerana madu Jabong ini dijual pada harga RM180, katanya madu di pasaran boleh dapat sekitar RM50 ke RM70 saja. Saya rasa nak kesian pun ada dan rasa nak ketawa pun ada.
Mungkin mereka seperti saya dahulu tak tahu apa langsung tentang madu serta mudah tertipu dengan penjual madu palsu dipasaran selama ini. Untuk pengetahuan mereka madu asli sememangnya mahal, lain halnya dengan madu palsu menggunakan bahan murah yang berbahaya pada kesihatan jadi sememangnya murah lah dijual. Sedangkan madu asli bukan dibuat tapi didapati melalui penghasilan sarang madu lebah setahun sekali pada musim bunga. Madu asli sememangnya mahal kerana untuk mendapatkannya juga agak sukar. Sukar kerana perlu mencari di hutan, bahaya kepada pencari madu jika tidak cukup ilmu mendapatkan madu akan berhadapan risiko disengat lebah. Adakalanya sarang madu lebah tersebut terletak agak tinggi di di dahan pokok yang tinggi. pencari madu asli perlu memanjat untuk mendapatkan madu asli dan risiko jatuh patah tulang pun tinggi bagi pencari madu asli.
Selain itu juga faktor harga kenapa madu asli dikatakan mahal khususnya Madu Jabong ini kerana khasiat serta manfaatnya amat banyak. Pencegahan lebih baik dari merawat. Maksudnya jika kos rawatan satu-satu penyakit itu di hospital swasta kosnya amat mahal, banyak wang yang perlu dikeluarkan berbanding harga madu jabong ini. Ataupun jika mendapatkan rawatan di hospital kerajaan kos murah tetapi kerja yang leceh iaitu perlu kerap ke hospital mendapatkan rawatan. Ambil contoh jika mengidap penyakit seperti disini. Sebenarnya Madu asli membantu untuk masalah-masalah pencegahan awal dari terus merebak hingga ke peringkat kronik. Ambil contoh penyakit kanser dapat dicegah risiko awal mendapatkan kanser dengan pengambilan madu sebagai makanan kesihatan diri. Ini lah factor kenapa madu asli mahal berbanding madu palsu yang langsung tidak ada manfaat pada diri sebaliknya merbahaya kepada kesihatan.
Kalau nak tahu madu asli yang dijual di pasaran seperti madu tualang dijual sekilogram pada harga RM250, madu kelulut pula dijual pada harga sekilogram hingga RM300 ke RM500, jadi Madu Jabong ini masih murah berbanding khasiat serta manfaat kesihatan yang bakal dinikmati. Tidak hairan lah membandingkan madu Jabong ini dengan madu palsu sememangnya madu Jabong mahal jika dibandingkan dengan madu palsu/tiruan.
Di atas sebab semua ini jugalah saya buat blog ini khas untuk membantu mereka yang diluar sana dan membantu menjawab segala persoalan yang akan timbul di masa depan jika terdapat lagi persoalan madu palsu atau madu tiruan.
Melalui blog ini saya akan cuba semampu mungkin untuk membantu pembaca dan bakal pembeli merungkai segala permasalah pasal madu selama ini dan cabaran untuk mendapatkan madu sebenar madu asli. In Sha Allah.
Ini kerana saya tahu dan sedar betapa ramai diluar sana yang sangat-sangat memerlukan madu sebenar untuk penjagaan kesihatan mereka dalam mencari rezeki. Ada yang batuk teruk, ada rasa lemah badan, ada yang mengidap asma, gastrik dan sebagainya lagi yang mana madu asli ini amat diperlukan untuk membantu menyelesaikan masalah kesihatan mereka.
Madu Jabong yang kami jual ini tidak banyak kuantiti jualan hanya sekitar 5 botol saja pada tahun 2017 kerana kami bukan buat untung disini tapi lebih kepada niat ingin membantu saudara terdekat dan kawan-kawan yang memerlukan.
Kemudian pada awal tahun ini (2018) pada bulan Mac jualan kami meningkat lagi dari saudara dan kawan-kawan yang pernah membeli pada tahun lepas tersebut. Kali ini meningkat kepada 15 botol. Mungkin kerana mereka telah merasai manfaat kebaikan madu Jabong yang kami jual tahun lepas dan seterusnya mereka ingin membeli banyak untuk buat stok simpanan atau mereka membeli untuk membantu saudara mereka pula. Kerana madu jabong ini hanya setahun sekali saja.
Kami tak menjual setiap bulan seperti penjual lain. Kami bukan penjual madu sepenuh masa, hanya buka jualan setahun sekali sahaja pada setiap awal tahun saja iaitu bulan Januari hingga Mac atau April untuk kumpulkan oder dari pelanggan sedia ada dan pelanggan baru jika ada. In Sha Allah dengan izinNya oder Madu Jabong akan meningkat di tahun-tahun seterusnya.
Di Universiti Malaysia Terengganu (UTM) adalah antara institusi pengajian tinggi yang giat menjalankan penyelidikan madu. Antara penyelidik di UMT adalah Dr. Wan Iryani Wan ismail. Dr Wan iryani Wan ismail mula membuat kajian madu sejak 2011 hingga kini. Ketika awal pembabitan, Dr Wan Iryani dalam kajian madu ini Dr Iryani bertemu dengan penyelidik madu berpengalaman iaitu Professor Kamaruddin Mohd Yusoff dari Universiti Malaya. Professor Kamaruddin lah individu pertama yang membuktikan kewujudan madu palsu, madu tiruan, madu sintetik di pasaran Malaysia. Kini dr Ilyani meneruskan kesinambungan penyelidikan tersebut.
Pada masa itu Professor Kamarudin melakukan satu tour atau lawatan ke seluruh Semenanjung Malaysia dan memungut hampir 300-500 sample madu dipasaran untuk menunjukkan wujudnya madu palsu atau madu sintetik di pasaran. Professor telah mendedahkan sebanyak 80 peratus madu yang dijual dipasaran Malaysia adalah madu palsu/tiruan. Ini data yang diperolehi pada tahun 2005. Sekarang ini (2018) mungkin meningkat lagi penjualan madu palsu dipasaran.
Manakala hasil penyelidikan Dr Iryani pula mendapati kegiatan menjual madu palsu semakin berleluasa. Sememangnya madu palsu/tiruan masih wujud di pasaran. Seperti tadi la Madu Kelulut sekilogram pun dijual RM300 ke RM500 dan madu lebah Tualang pula dijual RM250 sekilogram. Macam mana pula ada Madu Tualang atau Madu Kelulut boleh dijual sekitar RM30 ke RM50? Madu apa itu?
Tahu tak madu palsu dan madu asli sifat fizikal luarannya hampir sama?
Sebenarnya menurut kata Dr Iryani jika nak tahu madu palsu/tiruan adalah sukar nak di buktikan melalui ujian luaran. tetapi hanya boleh dibuktikan melalui ujian makmal sahaja. Ada cakap-cakap yang kita biasa dengar dari mereka sendiri pun tak pasti tapi gosip tu berlegar-legar kuat cerita tu dalam masyarakat contohnya madu asli dan madu palsu bila disimpan dalam peti sejuk madu asli tidak membeku manakala madu palsu membeku.
Boleh kah melalui ujian biasa seperti membekukan madu dapat membuktikan mana satu madu asli dan madu palsu?
Sebenarnya meleset sama sekali kerana madu asli pun membeku. Contoh lain, madu asli semut tak datang tapi madu palsu semut datang, juga meleset. Sebenarnya madu asli pun semut datang. Ini adalah kajian yang ditunjukkan sendiri oleh Dr Iryani.
Dr iryani sendiri ada juga menerima sample dari orang ramai yang ragu-ragu tentang madu yang mereka beli dan hasil menunjukkan 80 peratus ke 90 peratus adalah madu palsu, madu yang tidak asli sama sekali. Jika tinggal di Trengganu takpa la senang nak hantar sample tapi jika kita tinggal jauh-jauh macam di Perlis ke Kedah, Perak, Kuala Lumpur agak jauh juga kita nak pastikan kesahihan madu yang dibeli itu. Nasib la badan, kalau nak tahu Dr. Iryani bukanlah sekadar buat kajian di makmal sebaliknya beliau juga turut ke lapangan untuk mendapatkan madu segar dari penternak madu.
Beliau sanggup berada di hutan di tengah malam demi memastikan keaslian madu yang digunakan untuk tujuan penyelidikan. Terdapat 2 jenis madu palsu dipasaran. Madu campuran yang mempunyai peratusan sedikit saja madu dan satu lagi madu sintetik yang dihasilkan sepenuhnya daripada bahan lain.
Dr Iryani ditanya oleh wartawan majalah 3, jenis madu yang manakah paling bagus sekali. Dr iryani jawab secara umumnya semua madu lebah atau madu kelulut yang asli semuanya memberi nilai khasiat yang sangat bagus untuk manusia berbeza dengan madu palsu/tiruan.
Dalam Quran dan Hadis telah menerangkan khasiat madu untuk manusia tapi ada manusia jenis yang nak murah memang terkena la dengan madu palsu yang mana Allah dan Nabi sendiri pun tak syorkan.
Kadang-kadang salah pembeli juga kerana tak alert pasal madu asli dan madu palsu ini. Seperti saya pada mulanya juga. Ya la memang sukar untuk jumpa yang sebenar hujung-hunjung baru baru dapat. Sebelum itu jumpa la dulu yang tak betul. Begitulah perumpamaan kan. Nak mendapatkan madu asli nasib badan la jumpa yang madu palsu dulu. Madu palsu ni setitik pun takda guna tiada nilai tak bawa hasil pada diri dan kesihatan malah merbahaya kesan jangka panjang pada kesihatan diri. Penjual madu palsu dan pembuat madu palsu sanggup kan menipu jual pada orang ramai.
Selain kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UTM), hasil kajian ujian makmal yang dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang menunjukkan madu yang terdapat dipasaran 80% adalah madu palsu / tiruan. Tinggi kandungan HMF, madu yang sudah terlalu lama terdedah dengan perubahan suhu tinggi, atau terdapat benda asing didalam madu palsu / tiruan tersebut. Kajian juga menunjukkan ada sample madu yang langsung tiada khasiat dan memungkinkan ia adalah madu palsu / sintetik ini amat membimbangkan.
Menurut Dr.Norul Badriah Hassan, Pensyarah Jabatan Farmakologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM). Madu Palsu / tiruan yang membanjiri pasaran diperbuat daripada gula, kanji, tepung jagung, perasa dan pewarna bagi memperdayakan orang ramai. Sukar membezakan madu asli dan madu palsu kerana warna dan kepekatan yang dihasilkan. Pengguna sukar membezakan di antara madu asli dan madu palsu di pasaran kerana sifat serta fizikan luarannya hampir sama. Madu palsu / tiruan ada juga antaranya dicampur sedikit madu lebah pada kuantiti rendah, kemudian ianya dicampur dengan bahan seperti gula dan buah-buahan supaya menjadi lebih banyak, sebelum mereka mendakwa ia adalah madu asli dan dijual pada harga mencecah ratusan ringgit.
Ada juga peniaga menggunakan gula pasir cuka nipah, limau serta perasa untuk menghasilkan madu palsu dengan kos yang rendah tapi dijual pada harg tinggi di pasaran. Bulat-bulat pembeli kena tipu. Pelik tak bagaimana madu lebah boleh ada sepanjang masa, sepanjang tahun dipasaran negara kita dan diluar negara? Sedangkan sebenarnya madu asli terhasil hanyalah pada musim bunga dan tidak produktif pada musim hujan.
Beliau berkata, kajian yang dijalankan oleh bekas Prof di Universiti melaya, Dr.Kamaruddin Mohd Yussof pada 2005 mendapati hampir 80 peratus dipasaran madu lebah di negara ini adalah madu palsu / tiruan dan angka itu semakin meningkat. Tidak hairanlah kenapa ramai orang sudah tidak mempercayai penjual sebenar yang menjual madu asli ketika ini.
Lagi berita berkaitan madu palsu keluaran Akbar kosmo pada 15, ogos 2016. Orang asli jadi modal pancing pembeli madu palsu. Harga yang murah dan bekalan dari orang asli merupakan antara modal peniaga madu palsu untuk pancing orang ramai membeli madu palsu.
Dan ada juga orang asli sendiri juga menjaja menjual madu palsu di Simpang Pulai dan Tapah. Mereka menyakinkan pembeli bahawa madu yang dijual itu dicari sendiri. Diantara madu palsu yang banyak dijual adalah madu tualang palsu, madu kelulut palsu, dan madu royal jelly palsu. Harga yang ditawarkan sekitar RM10 hingga RM20 untuk botol kecil bersaiz 325 mililiter(ml) dan RM30 Untuk botol bersaiz 660ml. Kata bekas Naik Presiden Persatuan Peniaga Melayu dan Bumiputera Cameron Highland, Baharudin Abas kebanyakkan madu yang dijual di pusat peranginan itu termasuk di sekitar Tapah dan Simpang Pulai dibekalkan oleh pihak luar.
Peniaga madu di daerah ini memperoleh bekalan madu dari Temerloh atau Jerantut pada harga sekitar RM7 untuk botol kecil. "Saya sendiri pernah mengambil bekalan madu dan mampu menjual sekitar 100 botol setiap bulan. Stok sentiasa ada kerana pembekal akan datang hampir setiap minggu." Katanya kepada wartawan kosmo. Bagaimanapun, kata Baharudin, dia menghentikan jualan madu tersebut apabila mula menceburi bidang ternakan madu kelulut selepas dia meragui ketulenan madu yang dibekalkan oleh pengedar.
Harga madu Kelulut Asli bagi botol bersaiz 660ml boleh mencecah RM290 manakala madu Tualang pula RM190," katanya. Sementara itu, seorang penternak madu Mohd Ali Ahmad mendakwa, semua jenis madu berwarna putih yang dijual dipasaran adalah palsu kerana tiada lebah yang berwarna putih. "Sepanjang 20 tahun mencari madu di hutan dan menternak lebah, tidak pernah saya jumpa madu berwarna putih susu. Mereka dakwa madu itu madu Royal Jelly tetapi harganya yang hanya RM10 sebotol sangat tidak munasabah. Sebenarnya untuk mendapatkan madu Royal Jelly memerlukan sel permaisuri Lebah daripada lebih 1,000 sarang dan hargnya sangat mahal sehingga mencecah ribuan ringgit,"
Lagi berita Madu palsu dikenal sebagai Madu Diabetes keluaran Akhbar Berita Harian, 21, November, 2017. Dianggarkan kira-kira 1.6 juta rakyat Malaysia adalah penghidap Diabetes. Demikian Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S Subramaniam dipetik sebagai berkata sebelum ini.
Denda RM20,000, penjara 5 tahun jual madu palsu. Tindakan tegas terhadap peniaga yang menjual madu palsu. Mengikut peraturan 130, Peraturan-peraturan Makanan 1985 dibawah Akta Makanan 1983. Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisyam Abdullah berkata pihaknya memandang serius penjualan madu palsu dipasaran dan Kementerian tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pengusaha dan peniaga yang ingkar.
Mengikut seksyen 13B(2)(e) Akta Makanan 1983, pengusaha dan peniaga madu palsu boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara lima tahun atau kedua duanya jika sabit kesalahan. Madu diabetes hampir 80 peratus di pasaran kajian oleh bekas Prof di Universiti Malaya (UM) Dr. Kamaruddin Mohd Yusoff pada 2005. Penipuan ini perlu diberi perhatian oleh pengguna kerana ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan kompilasi seperti kanser, diabetes serta jantung yang berpunca daripada cara pembuatan, tahap kebersihan, pemanasan dan campuran bahan asing.
Melalui sample-sample yang menjalankan ujian makmal di institut Penyelidikan dan kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang mendapati Ketulenan madu dipasaran didapati amat membimbangkan. Madu asli kaya dengan nutrien dan asid fonelik, sifat antioksidan yang tinggi dalam madu terbukti berupaya melawan kanser.
Ditulis dan di olah oleh
Faizol Azmi Bin Aziz
Pembekal Madu Jabong dari Chenor, Pahang
Sumber: Universiti Malaysia Trengganu (UTM), Dr. Wan Iryani Wan ismail, Professor Kamaruddin Mohd Yusoff. Universiti Malaya.(Kini Bekas Professor), Majalah 3 keluaran 2014. Berita harian 19 nov 2017, Osman Lisut, Rashiqah Ilmi Abdul Rahim, Mohd Zulkifli Zainuddin. Dr. Suri, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertaniah Malaysia (MARDI) Serdang. Dr. Norul Badriah Hassan, Pensyarah Jabatan Farmakologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM). Kosmo 15 ogos 2016, Mohd Ali Ahmad, Baharudin Abas, bekas Naik Presiden Persatuan Peniaga Melayu Dan Bumiputera Cameron Highland. Akhbar, Syed Azlan Sayid Nizar. BH, 21, November, 2017. Osman Lisut, Rashiqah Ilmi Abdul Rahim, Mohd Zulkifli Zainuddin. PPIM, Datuk Nadzim Johan(Tok Ki). Noor Hisham Abdullah - Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan.
Tuesday, April 24, 2018
Pengalaman Puan Saniah mencari Madu Asli
Assalamualaikum...
Saya bercakap dari hati yang ikhlas dan pengalaman saya sendiri dalam mencari madu asli..
Saya adalah seorang penggemar madu asli. Sebelum ni saya adalah seorang pengidap penyakit lelah dan sering batuk yang berpanjangan. Sebelum ni juga saya tidak berapa yakin dengan kebaikan madu kerana sering juga dapat madu tetapi batuk masih tidak berkurangan. Mungkin ntah-ntah madu palsu atau madu sintetik bukan madu asli yang saya beli sehinggalah suatu hari kakak saya dari Kulai, Johor memberikan sesudu madu asli kepada saya yang ketika itu saya batuk teruk hampir 2 bulan.
Alhamdulillah..!!! Selepas minum madu asli tersebut, saya rasa tekak saya lega dan batuk pun sudah tidak ada lagi. Dengar macam cerita rekaan kan tetapi inilah hakikatnya apabila mendapat madu asli yang sebenar.
Sejak peristiwa itu, saya sudah tidak percaya kepada madu yang ada di pasaran. Kebanyakannya sintetik (tiruan) not original yang dicampur gula bukan madu asli. Saya hanya percaya madu asli jika saya pergi tengok sendiri dari sumber yang betul-betul sahih dan dipercayai, dan minum madu beberapa kali baru nampak hasilnya, barulah saya percaya yang madu tersebut memang original not-sintetik madu asli sebenar.
Saniah Abdul Rahman..
Keunikan Madu Jabong
Nama Madu Jabong kurang dikenali ramai kerana madu ini hanya boleh didapati di Chenor, Pahang. Nama Jabong bermaksud dibawah pohon tinggi yang rendang. Sarang Madu Jabong ianya bersarang dibawah pohon yang rendang.
Keunikan Madu Jabong adalah;
Keunikan Madu Jabong adalah;
1) Hanya boleh didapati setahun sekali sahaja pada musim bunga.
2) Sarang madu Jabong terbentuk di hutan semulajadi bukan diternak.
3) Pemakanan lebah lebih bersifat organik didalam hutan menajdikan penghasilan madu yang sangat berkualiti.
Madu Jabong dijual pada harga sekilogram dalam RM200.00
Banyak khasiat manfaat kesihatan pada madu Jabong ini.
Madu Jabong dijual pada harga sekilogram dalam RM200.00
Banyak khasiat manfaat kesihatan pada madu Jabong ini.
Dokumentari Majalah 3 tentang Madu Jabong di Pahang
Untuk sebarang pertanyaan boleh telefon terus atau WhatsApp di;
0136984091 | 0163865978
0136984091 | 0163865978
Fungsi kebaikan madu dalam tubuh badan.
1) Mengurangkan Gejala Alergi dan Asma.
2) Mencegah Bakteria.
3) Membantu menurunkan Berat Badan.
4) Madu sebagai ubat Batuk dan keradangan.
5) Melancarkan Fungsi Saluran pencernaan.
6) Memberi tenaga tambahan harian.
7) Membantu meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh badan.
8) Mengatasi masalah Insomnia - Masalah
sukar tidur.
9) Memelihara Keadaan Rambut.
10)
Meningkatkan kadar Antioksidan. Melawan radikal bebas karena mengandung antioksidan.
11) Meningkatkan Daya Ingatan.
12) Dapat bantu mencegah masalah osteoporosis.
13) Merangsang peningkatan sistem kekebalan tubuh.
14) Mengurangi risiko kanser dan arthritis.
15) Penghalang implamentasi tumor.
16) Membuat kulit segar dan lembab lebih lama.
17) Dapat bantu melawan penyakit kuning.
18) Menambahkan madu pada
segelas susu juga dapat membantu meningkatkan jumlah sperma
dari kosong sampai peringkat kesuburan tertinggi.
19) Meningkatkan ransangan Seks bagi suami isteri dan kesihatan reproduksi.
20) Sangat efektif untuk membantu menghilangkan masalah selulit.
21) Meningkatkan kadar metabolisma
Tubuh.
22) Mengurangi risiko terhadap serangan jantung.
23)
Meredakan angin dalam perut akibat perut kosong. Masalah gastrik.
24) Mengatasi sakit perut.
25) Membantu Meredakan stres.
26) Mengatasi hiperaktif pada
anak.
Khasiat madu untuk kecantikan:
1) Membantu membuang kekotoran dalaman.
2) Mencerahkan Kulit.
3) Menghilangkan Bekas Jerawat.
4) Memperlambat proses Penuaan.
5) Membuat Kulit Kenyal.
6) Melembabkan Kulit.
7) Membantu
mengurangkan kesan Luka Pada Wajah.
8) Mengatasi Bibir Kering dan
Pecah-pecah.
9) Menjaga Kelembutan Kulit.
Subscribe to:
Posts (Atom)